Sekretariat Program Ihya’ Ramadhan 1432 adalah satu kumpulan pemikir dan penggerak yang dibantu untuk membantu Jawatan Kuasa Masjisd Jame' Kg. Hulu Rening dalam merangka dan menggerakkan program-program kerohanian dan kemasyarakatan sepanjang bulan Ramadhan 1432H.
Pelbagai program yang berpusatkan masjid telah dirangka untuk diadakan sepanjang bulan ramadhan ini antaranya ialah, bacaan al-ma'thurrat, iftar, dan azan maghrib, tadarus al quran, pengagihan air zam-zam, agihan zakat perniagaan , USRAH (perkongsian Ilmu) serta Majlis Khas Ihya’ Ramadhan ( MAKHiR) yang julung kali diadakan di Masjid Jame’ Kampung Hulu Rening sekaligus menjadi majlis penutup kepada keseluruhan program yang telah dirangka oleh sekretari.at Bertitik-tolak daripada kejayaan penganjuran Program Santai Rakyat dan Majlis Kenduri Kesyukuran Sempena menyambut Ramadhan yang lalu, maka program ini dirangka bagi menyambung kesinambungan program tersebut, disamping menyemarakkan lagi suasana Ramadhan di Masjid Kampung Hulu Rening, terutamanya dalam kalangan generasi belia dan remaja.
Tujuan utama program ini adalah untuk melatih serta memberi galakan kepada belia dan beliawanis kampung Hulu Rening, untuk bergiat cergas dalam aktiviti bermasyarakat amnya, dan berorganisasi khususnya. Ianya diharapkan bukan sahaja mampu memberi pendedahan kepada golongan belia untuk mengurus sesebuah organisasi, malah berupaya memberi peluang kepada mereka mengasah bakat kepimpinan masing-masing seterusnya menjadikan program seumpama ini sebagai medium untuk bertukar-tukar pendapat pada masa hadapan
Program Ihya’ Ramadahan umpamanya diharapkan dapat menghidupkan suasana berbuka puasa yang menyeronokkan dengan iringan bacaan al-ma’thurat dan laungan azan daripada kalangan anak belia kampung sendiri disamping memastikan laungan azan maghrib sentiasa berkumandang di Kampung Hulu Rening walaupun ketika bulan Ramadhan. Program usrah atau perkongsian ilmu yang dirancang untuk diadakan setiap hari minggu pula bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada generasi muda mengenai amali solat,teknik-teknik penggunaan aplikasi Microsoft Office dan program motivasi. Ianya adalah berkonsepkan perkongsian ilmu antara belia dan masyarakat kampung.
Selaras dengan matlamat untuk mendekatkan belia dan remaja kepada masjid, Majlis Khas Ihya’ Ramadhan ( MAKHiR ) dirangka bagi menarik minat golongan remaja terhadap kesenian islam. Oleh itu, pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya seperti pertandingan seni khat, menulis jawi, pertandingan azan, pameran dan pertandingan Fotografi serta Ceramah sempena Ramadhan Al-Mubarak pada kali ini.
Bagi menjadikan MAKHiR sebagai satu program yang menarik dan berdiri di atas kelasnya yang tersendiri, pihak sekretariat telah menjalinkan kejersama dengan pelbagai pihak dan institusi pendidikan seperti TABIKA KEMAS Hulu Rening, Sekolah Rendah Agama Hulu Rening dan Panitia JQAF Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan. Untuk menjayakan program USRAH pula pihak sekretariat telah mendapat kerjasama erat daripada bekas -bekas pelajar Sekolah Agama Menegah Tinggi Kuala Kubu Bharu dan juga Mahasiswa-mahasiswa Univwersiti Kebangsaan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, selain daripada anggota SEKRETARIAt sendiri yang terdiri daripada mahasiswa dan bekas-bekas IPTA dan IPTS.
Diharapkan, semoga program ini berupaya menghidupkan suasana Ramadhan di Kampung Hulu Rening dengan penglibatan aktif semua pihak sekaligus bertindak sebagai pentas bagi mencungkil bakat dalam kalangan generasi muda dalam lapangan Kesenian Islam seterusnya memberi galakan kepada meraka agar lebih berjaya dan menyerlah pada masa hadapan. InsyaAllah.