IFTAR dan Air Zam-zam
Bagi memberi semangat dan menarik minat para belia untuk mengimarahkan masjid apabila tiba waktu maghrib. Pihak Sekretariat atas saranan Jawatan Kuasa Masjid telah merancang untuk mengadakan iftar ringkas ( kurma dan air zam-zam) seterusnya memastikan laungan azan dan solat maghrib berjemaah sentiasa berlangsung di kariah Hulu Rening, walaupun ketika bulan ramadhan.

Bacaan Alma'thurat, iftardan laungan Azan Maghrib
dari Bilik Operasi Sekretariat Belia Rakan Masjid
Oleh yang demikian, pihak sekretariat telah berusaha mendapatkan bekalan air zam-zam dan kurma untuk tujuan tersebut . Hasil kerjasama yang terjalin antara pihak Sekretariat dengan syarikat AMSYIQ, Pihak syarikat bersetuju untuk menderma sebanyak 20 liter air zam-zam buat belia yang iftar setiap di masjid dan juga untuk diagih-agihkan kepada jemaah solat terawih ketika waktu moreh.
Selain itu, pihak Skretariat juga berjaya mendapat sumbangan kurma daripada individu yang prihatin sebanyak 6 kotak yang bernilai RM144. Kerjasama yang yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program anjuran secretariat amat dihargai.
No comments:
Post a Comment