Bengkel Solat (Teori dan Amali)
Untuk memenuhi kalender aktiviti Sekretariat. Program Usrah ( Perkongsian Ilmu ) telah diadakan oleh pihak Sekretariat dengan kerjasama pihak luar setiap kali hujung minggu. Untuk Usrah kali pertama, bengkel solat ,teori dan amali telah berjaya menarik penglibatan remaja kampung seramai 21 orang. Adik-adik yang terdiri daripada prasekolah sehinggalah sekolah menengah ini telah diajar teori dan amali solat oleh Ustaz Haziq dan saudara Hakim bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Untuk memperkukuhkan ilmu di dada bahagian amali, adik-adik usrah telah dipantau cara-cara mengambil wuduk dengan tertinb, tasmik bacaan solat dan juga pergerakan solat dengan betul. Pada akhir sesi, adik-adik usrah telah diuji dengan kuiz ringkas dan diberikan hadiah sebagai galakan untuk lebih berkeyakinan pada masa hadapan. InsyaAllah.
Setiausaha
Belia Rakan Masjid

No comments:
Post a Comment