Wednesday, August 17, 2011

USRAH 2: Celik IT


Saudara Awie sedang membantu adik Naim.

Saudara Hakim dan Erol sedang mengajar adik-adik USRAH

Antara ibu-ibu yang datang memberi sokongan kepada adik-adik usrah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. :)


Adik-adik dari sekolah menengah sedang khusyuk menerima bimbingan
daripada abang-abang Sekretariat

Sekretariat membantu adik-adik dalam
menghasilkan Poster Ramadhan


Bengkel Celik IT


Pada minggu kedua Ramadhan yang lalu. Program Usrah sesi kedua yang bertajuk celik IT telah diadakan pada hari Sabtu pagi bagi memberi pendedahan mengenai penggunaan aplikasi Microsoft word kepada adik-adik yang terdiri daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Bengkel yang diadakan di balai raya Kampung Hulu Rening ini telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang positif daripada adik-adik dan ibu bapa yang hadir untuk memberi sokongan.

Pada hari tersebut organisasi sekretariat Belia Rakan Masjid telah sudi meminjamkan laptop masing-masing untuk digunakan oleh adik-adik usrah sepanjang bengkel usrah berlangsung. Adik-adik ini telah diajar secara formal dan teratur mengenai penggunaan setiap aplikasi yang terdapat di dalam Microsoft word. Kerjasama dan minat yang ditunjukkan oleh adik-adik usrah begitu mengagumkan dan memberi semangat kepada Sekretariat untuk menjayakan usrah sesi ketiga pada minggu ketiga ramadhan. Pada akhir sesi adi-adik telah diminta untuk menyiapkan satu poster berkaitan ramadhan oleh saudara Hakim. Poster itu kemudiannya telah dipampang di papan kenyataan masjid untuk tatapan para jemaah . Hadiah sesi kali ini akan disampaikan pada hari Jumaat 19 Ramadhan 1432H setelah selesai solat witir.


setiausaha
Belia Rakan Masjid

No comments:

Post a Comment